Mazda believes there is an extension for vehicles to develop further, in a way that takes the joy of driving to a new level and combines it with outstanding environmental and safety performance. Our main goal is to accomplish the best possible level and further the advancement of the vehicle.

BERMAZ MOTOR SDN BHD (173654-K)

We are the distributor of Mazda vehicles & spare parts based in Malaysia. We distribute a selected range of Mazda vehicles & spare parts in Malaysia & Philippines. We also operate 3S centres in Malaysia. Bermaz Auto Berhad Group was listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad on 18 November 2013.

CSR - Penubuhan Pusat Hemodialisis YASA di Pekan, Pahang

12.14.2021

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) akan membuka Pusat Hemodialisis di Pekan, Pahang, pusat rawatan yang pertama di luar Lembah Klang dan yang ketiga selepas pembukaan Pusat Hemodialisis YASA di Cheras pada 7 Ogos 2019 dan di Setiawangsa pada 12 Ogos 2020.

Pusat Hemodialisis Pekan ini beroperasi di bangunan dua tingkat, bertempat di Lot 4 Pusat Komersil Mahkota berhampiran Dataran Bandar Diraja Pekan, yang diwakafkan bagi kegunaan Pusat Hemodialisis YASA. Pusat rawatan tersebut dilengkapi dengan 12 mesin dialisis, yang mampu merawat 12 orang pesakit dalam satu-satu masa dan ruang pejabat serta latihan.

Beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula dari jam 7 pagi hingga 5 petang, pusat hemodialisis ini mampu mengendalikan lebih 100 kali rawatan setiap minggu berdasarkan kapasiti dan kemudahan yang disediakan.

Sebagai badan kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan dan bagi memenuhi objektif penubuhan Pusat Hemodialisis YASA Pekan, penyediaan rawatan secara percuma ini ditumpukan kepada golongan kurang berkemampuan, khususnya golongan B40 dan M40 di sekitar kawasan tersebut bagi membantu meringankan bebanan kewangan seterusnya membantu pesakit luar bandar mendapatkan rawatan. Kos rawatan pesakit akan ditaja sepenuhnya oleh YASA atau melalui subsidi daripada badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan juga pihak majikan.

Pusat Hemodialisis ini akan diuruskan dan ditadbir secara profesional oleh Klinik Al-Amin Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

YASA menzahirkan penghargaan kepada pihak MUIP, Kementerian Kesihatan Malaysia, MUIP Holdings Sdn. Bhd. dan agensi-agensi kerajaan yang telah memberikan sokongan dan kerjasama terbaik kepada usaha murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua.

   

Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kepada Mazda Medicare Fund (MMF) di bawah kelolaan Syarikat Bermaz Auto Berhad dengan usaha sama B.Braun Malaysia atas sumbangan dana untuk perolehan 12 mesin dialisis dan kenderaan Mazda CX8 Sport Utility Vehicles (SUV) yang digunakan sebagai pengangkutan pesakit, serta Syarikat Tanah Makmur Berhad yang menyumbang sebuah van bagi memudahkan urusan logistik harian Pusat Hemodialisis YASA Pekan.

SEJARAH PENUBUHAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua menyedari bahawa masih ramai pesakit buah pinggang kronik dari Kumpulan B40 dan M40 yang memerlukan bantuan untuk rawatan dialisis melalui data dan maklumat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut data dan maklumat KKM, peningkatan bilangan pesakit setiap tahun yang memerlukan rawatan dialisis pada masa ini melebihi 40,000 pesakit dengan 8,000 pesakit baru memerlukan rawatan setiap tahun.
Data yang dikeluarkan juga menunjukkan bilangan pesakit yang disahkan mengalami kegagalan buah pinggang meningkat sejak 10 tahun yang lalu. Kegagalan buah pinggang kronik adalah keadaan yang boleh membawa maut kecuali melalui rawatan pemindahan buah pinggang atau menjalani rawatan dialisis secara berterusan. Kos perubatan bagi kedua-dua rawatan ini turut meningkat mengikut peredaran teknologi perubatan semasa.

   

Justeru itu, Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) setelah dibuat pencambahan fikiran telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pusat Hemodialisis YASA pada tahun 2019.

Pada ketika ini, dua buah Pusat Hemodialisis YASA telah beroperasi di Lembah Klang iaitu di Cheras (2019) dan Setiawangsa (2020). Bermula 18 Mei 2021, YASA telah mula mengorak langkah dengan membuka pusat rawatan dialisis baru di luar Lembah Klang yang beroperasi di Pekan, Pahang dan seterusnya akan dibuka di Taman Melati, Kuala Lumpur sekaligus menjadikan empat (4) buah Pusat Dialisis YASA.

ASAS PENUBUHAN PUSAT HEMODIALISIS

Asas penubuhan Pusat Dialisis YASA adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis yang terbaik disamping menerapkan unsur keislaman kepada semua pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang. Antaranya, penubuhan Yayasan ini turut mewujudkan jalinan korporat di kalangan ‘stakeholders’, merangka halatuju berterusan seperti membuka pusat-pusat hemodialisis baru di kawasan pendudukan yang berkepadatan tinggi supaya manfaat secara berterusan dapat dicapai dan lebih ramai golongan B40 dan M40 dapat dibantu.

Selain itu, kekuatan sebuah Yayasan sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti dan sumbangan dana pihak-pihak tertentu yang amat prihatin dengan usaha murni KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Oleh itu, pihak YASA membuka peluang kepada badan koporat dan individu tertentu untuk melibatkan diri dalam pemberian sumbangan agar Yayasan ini dapat merealisasikan harapan masyarakat yang kurang bernasib baik melalui inisiatif penjagaan kesihatan. Setiap sumbangan tersebut akan diberi pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

         

TERAS MAQASID SYAR’IYAH

Usaha giat dijalankan bagi memastikan Yayasan ini dilandasan yang betul dari perlaksanaannya supaya mengekalkan keutamaan di dalam Teras Maqasid Syar’iyah berpandukan kepada sudut kepentingan kepada maslahah manusia iaitu Al-Daruriyat yang merupakan perkara yang mana kehidupan manusia memerlukannya dan bergantung kepadanya. Jika sekiranya perkara tersebut tiada, manusia akan mengalami kesukaran dalam kehidupannya di dunia mahupun akhirat. Al-daruriyat terbina di atas lima asas utama (al-dharuriyyat al-khamsah), iaitu: memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta benda.

Buat masa ini, pengurusan YASA lebih menfokuskan kepada memperkasakan pentadbiran yang kukuh/stabil bagi membolehkan perancangan-perancangan dapat dirangka secara sistematik dan pelbagai inisistif yang sedang dilaksanakan bagi membantu rayat yang kurang berkemampuan sekaligus membantu pihak kerajaan dalam menyediakan fasiliti kesihatan melalui penubuhan pusat hemodialisis ini.

YASA mensasarkan untuk menubuhkan seberapa banyak pusat hemodialisis berdasarkan keupayaan sumber yang dimiliki serta sokongan daripada badan korporat dan individu secara berterusan.

HARAPAN PENUBUHAN

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) berharap untuk menjadikan Pusat Hemodialisis YASA ini sebagai satu perintis dalam pembukaan lebih banyak lagi Pusat Hemodialisis lain di Malaysia supaya kebajikan rakyat terjamin dengan kerjasama dan sokongan berterusan daripada pihak-pihak yang prihatin bagi memastikan objektif-objektif penubuhannya tercapai.

       

Gallery


END CHAT